Menutup aurat dengan sempurna adalah satu dari syarat wajib solat. wanita di Malaysia khususnya akan menggunakan telekung ketika solat bagi tujuan itu.Menutup aurat dengan sempurna bagi wanita adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan menggunakan kain yang tidak jarang(sehingga boleh terlihat anggotanya) dan pakaian yg tidak ketat. memakai telekung ketika solat bukan la suatu kemestian.ia boleh sahaja di gantikan dengan ape2 pakaian yg mampu menutup aurat wanita dengan sempurna.
Kadang kala kita boleh melihat ada sesetengah wanita yang solat menggunakan pakaian yg mereka sedia ada pakai. sebagai contoh; baju kurung+ tudung labuh + stoking. atau ape pon pakaian mereka. ini memang dibolehkan.namun begitu, islam adalah satu agama yang memudah TETAPI bukan lah agama yang boleh dipermudah-mudahkan. maksudnya di sini, sekiranya mereka memakai stoking pasti kan yang ia tidak jarang sehingga melihatkan jari-jari kaki, sekiranya pakai tudung pastikan tudung itu labuh sekurang-kurangnya menutup dada dan tidak jarang sehingga terlihat batang leher. dan pastikan juga yang baju di pergelangan tidak terselak sehingga menampakkan kawasan pergelangan dan ke atas. baju dan seluar atau pun kain tidak ketat dan jarang.
begitu juga mereka yang menggunakan telekung ketika solat..jika diperhatikan sekarang,kebanyakkan kain telekung agak nipis dan jarang...maka alternatif yang boleh diambil adalah memakai tudung dan baju lengan panjang ketika solat. dan kain pula mungkin boleh ditukar kepada kain yang berwarna seperti kain pelekat dan sebagainya.atau mungkin kita boleh doublekan kain itu(pakai 2 helai kain telekung dalam satu masa. ini kerana kadang kala ada dikalangan wanita yang akan membuka seluar atau kain yang dipakai ketika solat (mungkin kerana kurang yakin dengan kebersihannya) terutama ketika berada di luar rumah. jadi jika kain telekung itu jarang terlihatlah batang kaki mereka...kalau pun mereka tidak menanggalkan kain atau seluar yang dipakai kaki tetap boleh kelihatan terutama ketika sujud dan duduk diantara dua sujud. maka pastikanlah dahulu sebelum solat ya...
jika kita lihat telekung dibuat dengan terdapatnya kain yang akan menutup bahagian bawah dagu...kenapa ya??? ada sesetengah org yang tidak menggunakan nya tetapi sedarkah kita yang kawasan bawah dagu merupakan kawasan yang wajib ditutup kerana itu merupakan aurat juga...mungkin kita dah terbiasa tidak menutupnya ketika bertudung di luar dan menganggap itu bukan kawasan aurat...
ada sesetengah kita yang ketika mengangkat tangan (iktidal) terlalu tinggi dan menyebabkan telekung terikut sama dan menyebabkan ia terselak.jika ketika itu mereka memakai baju lengan pendek mungkin tangan akan nampak. manakala ketika sujud ada diantara kita tidak menguis sedikit telekung dan menybabkan dahi mereka jatuh di atas telekung ketika sujud.sedangkan dahi dan tapak tangan perlu jatuh di atas sejadah tanpa sebarang halangan dari apa sahaja yang kita pakai(telekung, tudung,baju,dll).
bersama-sama lah kita mengambil ikhtibar dan sebar-sebarkan. sesungguhnya kesempurnaan solat adalah penting. islam itu mudah tapi bukan boleh dimudah-mudahkan...
p/s: klu ada pandangan,idea,dll marila kita kongsi dan bincangkan bersama :D