Tuesday, April 19, 2011

~PujiaN~

       Pujian adalah sesuatu yg biasa bagi kita. ada kala kita memuji dan ada kala kita dipuji. pujian merupakan satu penghargaan yang di terima atas sesuatu kebaikan seseorang. sama ada disebabkan perbuatan yang baik, atau rupa paras yang cantik mahu pun pemilikan barang yg indah. pastinya setelah kita menerima pujian hati rasa berbunga-bunga, gumbira, ceria dan bersemangat. ini merupakan kesan positif dari pujian tersebut. contohnya seorg pekerja yg melakukan tugasan yang sepatutnya dipuji oleh bos walaupun hanya sekadar sepatah dua perkataan " hurm, bagus! =D ", mampu memotivasikan pekerja tersebut untuk bekerja lebih baik di masa akan datang. itu lah kuasa pujian. walau bagaimana pun sekiranya pujian itu keterlaluan atau mungkin tidak lah terlampau tp oleh disebabkan individu yg menerima pujian tu jenis org yg senang 'kembang' maka ia boleh mendatangkan mudarat atas individu itu. oleh iu kita dilarang memberi pujian terlampau kepada sesiapa pun, tanda sayang kita pd sahabat atau saudara kita itu. cukuplah pujian sedikit tanda penghargaan kita. sebagaimana hadis dari Abu Bakrah r.a, bahwa seorang laki-laki disebutkan dihadapan Nabi saw, salah seorang memujinya dengan pujian yang baik. Rasulullah saw. berkata, "Celakalah engkau, engkau telah memutus lebar leher temanmu -Rasulullah mengatakannya berulang kali- Apabila kalian harus memuji, maka hendaklah ia katakan, 'Aku kira seperti ini dan ini, jika ia mengira memang seperti itu, cukuplah Allah sebagai penghisabnya dan aku tidak memuji seorang pun dihadapan Allah'," (HR Bukhari [2662] dan Muslim [3000]). huraian bagi hadis ini adalah: Haram hukumnya sanjung-menyanjung karena perbuatan tersebut merupakan kejahatan terhadap orang yang disanjung karena dapat merasuk penyakit kibr (sombong) dalam hatinya hingga ia binasa, seolah-olah ia telah memotong lehernya. Demikian pula orang yang memuji jarang sekali selamat dari kedustaan dalam pujiannya. 
Saya pernah mendengar satu kisah nabi (tapi tak ingt plak nabi ape) yang diceritakan bahawa pada suatu hari baginda telah berjaya memecahkan hampir 100 tong arak dalam satu masa (99 tong) bertujuan mengelakkan air haram itu diberi/ dijual kepada org ramai tetapi baginda telah meninggalkan 1 tong kerana disaat baginda mahu memecahkan tong yang ke-100 itu terdetik dihatinya sedikit rasa bangga atas kejayaan itu, lalu dengan serta merta baginda membatalkan niat memecahkan tong ke-100 itu. semata-mata bagi memelihara hati dari rasa bangga.
Jadi tidak salah untuk berbuat baik, tetapi jangan dengan kebaikan itu merosakkan hati dan iman kita. maka lakukan lah kebaikan tanpa pengetahuan org dan niat semata-mata kerana allah. dan sekiranya kita memuji seseorg makan pujilah dia sekadarnya. jangan keterlaluan. dan sekiranya kita dipuji ucapkan lah syukur dan beristighfar bagi memelihara hati. Oleh karena itu, setiap kali anda menerima pujian maka berdoalah: “Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku karena apa yang dikatakan oleh orang-orang itu.” (HR. Al-Bukhari). inilah doa yang dibaca oleh Nabi S.A.W.
kesimpulannya, tidak salah memuji atau dipuji, islam ada caranya...

T-Shirt Muslimah (RM38)

anda penggemar t-shirt muslimah?
atau baru berjinak-jinak dengan pakaian muslimah ini?
t-shirt labuh @ t-shirt muslimah nie manis dipakai dan sesuai dipakai di mana jua dan ke mana saja.
design nya juga semakin menaik dan trendy..
bagi sesiapa yg berminat boleh layan koleksi t-shirt muslimah yg saya ada..mane la tau kot2 berkenan.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150160145452530&set=a.10150160143462530.288968.612737529&type=1#!/media/set/fbx/?set=a.10150160143462530.288968.612737529
harga sangat berpatutan iaitu hanya RM38 sahaja.. klu bnyk anda beli insyaallah sy boleh bg diskaun lg  =D
kos penghantaran hanya RM5 utk berapa jumlah pembelian pon (semenanjung malaysia)
bagi yg di luar semenanjung harga penghantaran akan diberitahu kemudian..
pilihan penghantaran adalah Poslaju @ skynet..



Saturday, April 2, 2011

homemade coklat...

assalamualaikum kepada semua,  

sekarang nie macam-macam coklat yang ada di pasaran. tidak terkecuali juga coklat buatan tangan atau homemade chocolate.. sekarang mcm2 org buat dengan coklat. ada tu org buat hantaran, doorgift, hadiah dan mcm2 lagi. coklat2 yang comel nie sesuai juga klu kite nak bg budak2 time majlis hari jadi... warna yang pelbagai di tambah pula reka bentuk yg cute dan comel nie pasti mampu memikat sesiapa sahaja yg melihatnya..

di sini suka saya berkongsi dengan semua yang berminat dan berhajat nak belajar cara buat coklat utk anak2 or majlis sedara-mara atau pun sesiapa yg berhajat menjadikan coklat ni site income..

saya mengadakan sesi pembelajaran asas membuat coklat. dengan bayaran serendah RM80, anda akan diajak beberapa teknik dan cara pembuatan coklat. anda juga akan dibekalkan dengan bahan dan alatan asas membuat coklat. nota turut disediakan.

antara perkara yg akan diajak adalah:
- pewarnaan coklat
- pra-line coklat
- oreo coklat
- pemelbagaian isi coklat

bahan dan peralatan yg akan diberi setiap peserta adalah:
- 250g white choclate
- 250g dark coklat
- 250g milk coklat
- 100g crispy rice
- piping
- mangkuk steel
- kotak hiasan
- mould
- 2 keping icing bergambar (utk oreo coklat)
- nota

semua anda akan dapat dengan hanya RM80.. sesi ini akan dibuat di rumah saya di SERDANG, bersebelahan UPM. dan di kampung sy RENGIT, BATU PAHAT. bagi sesiapa yg mahu yg buat di tempat anda boleh buat request tetapi bayaran lebih sikit lah RM100 (kumpul beberapa lg kawan).

selain itu sy juga turut menerima tempahan coklat. utk doorgift  dan hantaran. saya jga turut membekalkan bahan dan peralatan coklat. bagi sesiapa yg pernah mengikuti kelas coklat saya, 10% diskaun diberi utk bahan dan peralatan. anda boleh lawati FB saya : http://www.facebook.com/album.php?id=612737529&aid=284114

anda boleh hubungi saya
                                      (email): rash_mal@yahoo.com