Monday, December 7, 2009

SahabaT hingga sYuRGa..

Sahabat adalah satu kurniaan dari Allah..kita semua telah dpilih dan di takdirkan untuk berkenalan dan bersahabat...terpulang pada kita untuk mencorakkan persahabatan yg bagaimana yg kita mahukan...pertemuan dan perpisahan adalah suratanNYA dan kita ditarbiah oleh ALLAH secara langsung atau pon tidak dalam setiap pertemuan kita. persahabat yang baik akan sentiasa mengambil tahu tentang sahabatnya, tegur dan ingat mengingati setiap kesilapan yg dilakukan, membantu dalam kesusahan, mendengar setiap keluhan, berkongsi-kongsi pendapat, menjaga rahasia sahabat dan memberi dorongan tika dia amat memerlukan.
Meski pon ia bukan sukar untuk di buat tidak bererti ia sesuatu yg mudah untuk dilaksanakan. mereka yang bersahabat semata-mata kerana ALLAH,mencari keredhaan NYA akan mendapati kemanisan dalam persahabatn itu. Insyaallah semua pihak akan mendapat impak yg positif dan mendapat manfaat dalam persahabatn seperti ini.kesabaran, kepercayaan dan tolak ansur antara satu dengan yg lain merupakan asas yng meneguhkan sesuatu ikatan.
'infiniti' rasa terima kasih aku ucapkan kepada semua teman-teman yg sudi menjadikan aku salah seorg dari sahabat mereka..moga pertemuan kita merupakan pertemuan kerana ALLAH dan perpisahan kita nanti juga kerana NYA...
UKHUALLAH FILL LAH ABADAN ABADA...

No comments:

Post a Comment