Thursday, June 18, 2009

Pergi kepada-NYA...

Hari ini, pagi ku dikejutkan dengan pemergian pakcik kepada Zakiah (sahabatku). Salam takziah aku kepada keluarga tersebut. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Sesunggugnya hidup di dunia ini bukan untuk selama-lamaya. akan datang masanya kita akan berpisah dengan dunia dan isinya. perpisahan itu tejadi disaat kematian menjemput, tanpa ada seorang pun yg dpt menghalang.Sepertimana dalam Surah Al-Anbiya';35 yang bermaksud:

"Setiap yang berjiwa pasti akan merasa mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan kembali."

Dan secara tidak langsung mengingatkan aku kembali saat-saat kami sekeluarga menghadapi pemergian ayah tersayang. Jika dulu, tiap kali menjelang hari bapa mak sibuk merancang kejutan buat ayah..tapi kini tiada lagi. Pada mula waktu kami hidup tanpa ketua keluarga pelbagai perkara yang berlaku. terasa keko dan janggak setiap apa yang dilakukan. Hampir 6 bulan lamanya mak mengambil masa untuk membiasakan diri. Mana tidaknya hampir 23tahun hidupnya ditemani suami tercinta kini tiada lagi. Kasihan aku melihat keadaan mak pada ketika itu. Seperti separuh kehidupannya hilang. Pada mulanya, kadang-kala geram juga tengok mak yg slalu menagis, pantang sebut pasal ayah pasti bergenang air mata. tapi akhirnya kami faham.Kini, dengan penuh kesyukuran aku panjatkan kpd NYA kerana memudahkan segala urusan dan segalanya dapat dilalui. Mungkin pada mulanya mak sukar menerima kenyataan ini, namun hidup perlu diteruskan. Kami, anak-anak perlukan mak. klu mak terus lemah kami juga akan lemah.

Sesungguhnya, segala musibah yang menimpa kami ada hikmahnya.hanya kami je yang tidak perasan. ternyata setelah pemergian ayah hubungan kami anak beranak lebih rapat.semua masalh akan dikongsi bersama. aku sebagai anak semakin mengrti dan memahami mak. selain itu, klu dulu aku tak gemar nak amik tau hal keluarga blah ayah tp kini mau atau tidak aku kena jugak...mak pesan, jangan disebabkan ayah dah tak de kita jauhkan diri ngan keluarga sana. hakikatnya dlu kami adik beradk memang tak rapat ngan keluarga ayah tp semua sudah berubah.berubah ke arah yang positif.Macam dlm lirik nasyid mestica:



Dalam derita ada bahgia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertamu


bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran


segala takdir
terimalah dengan hati terbuka
walau terseksa ada hikmahnya


harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelaslah membuktikan
Tuhan mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu




p/s: Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwahyarham Pok Teh Zakiah...dah juga arwahyarham Hj.Ramli bin Abd Rahman (ayah aku)..Al-Fatehah...
Semoga segala amal ibadat mereka diterima dan tergolong dalam org2 yg soleh...Amin...

No comments:

Post a Comment